Wednesday 20 January 2016

INFO TENTANG SKYBOX&OPENBOX FOR NEWBIE.

QUESTION & ANSWER

1.Apa itu SKYBOX/OPENBOX?
-SKYBOX/OPENBOX adalah penerima satelit yang sama seperti Xstro decoder tetapi digunakan untuk SKYBOX/OPENBOX decoder.
2.Apakah kelebihan menggunakan SKYBOX/OPENBOX decoder?
-Ia boleh menonton semua saluran Xstro kecuali saluran HD.
3.Alat-alat yang diperlukan apabila menggunakan SKYBOX/OPENBOX?
-
Sambungan Internet(Streamxy/Unifi/P1/Celcom/Maxis&dll)* mesti stable ketika ingin menonton.
-Jika penggunaan Jalur Lebar 3G Router diperlukan.
-*PALING PENTING Satelit Dish
4. Bagaimana untuk memasang?
-Ia hanya plug&play tiada tetapan dan pemasangan memerlukan,ia hanya sama memasang pemain DVD. ****[jika user tiada piring lagi mesti pasangkan terlebih dahulu]. RUJUK GAMBAR GUIDE..
5.Adakah kita perlu membeli adapter wifi untuk SKYBOX/OPENBOX? Ia adalah pilihan pengguna.
-Lan wayar dan wifi adapter boleh digunakan, bergantung kepada sejauh mana router anda!!!
6.Apakah C-LINE@CCCAM?
-SKYBOX/OPENBOX diperlukan untuk bekerja dengan C-LINE@CCCAM bagi membolehkan pengguna menonton semua siaran Xstro.
-C-LINE@CCCAM bermaksud perkongsian kad pintar dimana anda berkongsi line bersama user lain dengan ini anda dapat melihat pelbagai siaran dengan kadar bayaran yang rendah.(konsep dia sama seperti anda berkongsi wifi)
7.Apakah perbezaan di antara C-LINE murah dan mahal?
-bergantung kepada penjual
-anda boleh memilih & mencari C-LINE yg stable
-ada kemungkinan yang mahal berkualiti & ada kemungkinan juga yang murah berkualiti.
8.Bolehkah SKYBOX/OPENBOX gunakan centralized dish? Etc: Condo atau Apartment?
-Boleh.
9.Kawasan saya menetap tiada mempunyai JALUR LEBAR,a.k.a(streamxy) Masih bolehkah saya menggunakan SKYBOX/OPENBOX?
-Ya, tetapi mestilah coverage 3G sangat stable dan ROUTER 3G DIPERLUKAN(broadband)
10.Jalur lebar saya mempunyai Qouta, Adakah saya masih boleh gunakan SKYBOX/OPENBOX?
-Untuk maklumat anda jika anda menghidupkan Tv anda dengan SKYBOX/OPENBOX selama 24 jam sehari, Ia hanya mengambil lebih kurang 25MB data anda.
11.Apakah Kualiti Gambar ini?
-Ia sama seperti anda menonton Astro malahan lebih cantik dan SKYBOX/OPENBOX adalah berhubung dengan HDMI kabel(digalakkan menggunakan tv yang mempunyai hdmi port).
12.Saya masih menggunakan CRT TV a.k.a(TV KOTAK) boleh saya menggunakannya dengan SKYBOX/OPENBOX?
-Ya, selagi TV anda ada sambungan AVI(using RCA KABEL) & kualiti adalah sama seperti Xstro decoder.
13.Adakah SKYBOX/OPENBOX tidak menyalahi undang-undang?
-TAK SALAH. Untuk pengetahuan, Skybox ni macam komputer juga ada memori ada motherboard dan lain-lain (rujuk gambar). Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan LAN/Internet dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi akta. Ibarat kata melihat TV online di Internet. Bezanya Skybox direka khusus untuk menarik line internet direct ke sambungan piring untuk dapatkan siaran televisyen tertentu.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), Kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda “tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”
Namun semakan ke atas peralatan Dreambox dan Openbox di dapati ia menggunakan talian internet. Kerajaan Malaysia telah berikrar tidak akan menapis kandungan internet di Malaysia.
14. Apa beza Skybox dengan Parabola?
Jawapan :
Satu : Parabola sangat berbeza dengan Skybox. Parabola ini hanya sekali kos, pasang sekali dan digunakan seumur hidup tanpa bayaran. Free sampai seumur hidup. Skybox pula dikenakan bayaran bulanan seperti A$TRO / tahunan atau seumur hidup bergantung kepada provider anda tetapi amatlah murah hanya lebih kurang RM18.33 sen sebulan atau bermodalkan RM790.00 untuk sepanjat hayat..Murah Tak?
Kedua : Parabola dapat siaran daripada Indonesia, Pakistan, China, Taiwan dll. Ia lebih kepada TV seluruh dunia. Siaran A$TRO tiada pada Parabola. Sementara Skybox memang disesuaikan dengan channel-channel tertentu seperti A$TRO dan TIADA channel negatif.
Ketiga : Memasang Parabola adalah menyalahi undang-undang telekomunikasi Malaysia. Sementara Skybox tidak menyalahi undang-undang. Pemasangan Skybox adalah dengan sambungan kombinasi TV + Disc + LAN. Sementara Parabola hanyalah TV + Disc. Skybox tidak boleh dipasang sekiranya tiada line internet, tetapi Parabola boleh dipasang tanpa line internet.
Cakera parabola tidak dibenarkan kerana menerima siaran negatif
KUALA LUMPUR: Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.
“Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ‘Very Small Aparture Terminal’ atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).
Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan.
Salang memberitahu dewan penggunaan cakera parabola dibenarkan hanya bagi tujuan pendidikan jarak jauh dan korporat untuk acara tertentu.
Timbalan menteri itu menolak andaian Abdul Ghafur dalam soalan tambahannya bahawa penggunaan cakera parabola tidak dibenarkan kerana kerajaan ingin menjaga kepentingan syarikat televisyen berbayar ASTRO.
“Sekatan penggunaan cakera parabola bukan kerana mahu menjaga ASTRO disebabkan undang-undang sekatan sudah pun ada sebelum ASTRO, malah ini adalah fakta yang tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak”, katanya.
Kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat bagi pengguna telefon pintar Blackberry, Salang berkata pengguna alat tersebut termasuk bagi pegawai kerajaan perlu dijaga dengan menghad penggunaannya kepada komunikasi tidak sensitif atau yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.
Katanya, walaupun tahap keselamatan menerusi penggunaan Blackberry diawasi ketat pihak pengeluar, Research In Motion (RIM) dan tidak mungkin dapat diakses dengan mudah oleh pihak lain, namun pengguna perlu menitik beratkan aspek keselamatan dalam berkomunikasi.
“Pengguna Blackberry perlu s
entiasa berwaspada kerana setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan masing-masing serta rahsia tidak dapat dijamin sepenuhnya,” katanya. — BERNAMA
15. Soalan : Berapa lama penghantaran pos?
Jawapan : Biasanya kami hantar menggunakan SKYNET / POSLAJU (Kawasan bandar-Next day delivery) atau Pos Malaysia Parcel (kawasan luar bandar-2 ke 3 hari).
By:abam Mc

No comments:

Post a Comment